Wednesday, September 29, 2010

"Toys" VS sampah sarap


1) Kereta sorong / tolocar (brand dia lar)

Kereta ni adalah hadiah dari nenek Kuantan sempena hari jadi darwish yang per-1, memula dapat kereta ni mmg kumain seronok lagi si techik darwish ni. Kawan2 nak tahu kereta ni di pilih sendiri oleh darwish time nak beli kat kedai, coz dia duduk trus x moh turun, nak bayar pon dia dok jerit2 n meronta2.
Kereta ni sedikit sebanyak membantu darwish untuk belajar berjalan dan menguatkan otot2 kaki.



2) Kerusi

Kerusi ni en husban yang belikan, kerusi ni di beli di Butik Manjaku. Dengan setiap pembelian rm30 keatas kerusi ni di jual hanya rm15.90.

Comel tau kerusi ni coz dia ada bunyi bila darwish bangun....
Tengok la pelbagai aksi darwish... :)




Aaaaaaaaaaaahhhhh penat nyer bekerja harini.....ehiks ehiksss.........

3) Robot


Ermmmm yang ini saya yang belikan....sebab saya nak anak saya jd seorng lelaki yang macho dan gagah perkasa hehehhe.... kat perut dia ada lampu lampu tau bila di tekan



4) Basikal

Basikal ni papa beli dari umur darwish 9 bulan, macam biaser semua gajet- gajet ni hanya di main oleh darwish pada awal2 pembelian sahaja.
Bila da jemu " habis madu sepah di buang"

Antara mainan-mainan yang akan setia darwish main ialah Sampah - sarap, maksud saya bukan sampah2 yang busuk tu, sampah yang di maksudkan ialah spt kotak2, tin2 dan plastik2 ....


 Dan antara kegemaran darwish dan yang paling extrim dan yang paling saya takot adalah......

TANGGA......

Dia melangkah macam orang da pandai berjalan kan....hishhh SERAM mummy tengok, di sebab kan inilah saya mmg tak kemana- mana bila darwish tak tido, nasib baek di kurnia kan en husban yang Super Power coz tolong saya buat kerja2 rmh yang tertangguh.....trime kasih sayang :)

Asyik dok main jer moh dengar papa taskirah kejap.....papa baca buku kisah-kisah nabi buat darwish....
Bahagia nyer rasa kalau darwish faham :)





Harap Darwish jadi anak yang soleh dan bijak bila da besar nanti.....amin




No comments:

Post a Comment