Thursday, July 22, 2010

Khasiat Tauge


Menu tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.
 Lebih Subur

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.


Cegah Kanser


Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan punca kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.


Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.




Baik Untuk Wanita



Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.


Kurangkan Lemak


Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450%. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau 'lemak jahat' LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.



Lebih Muda


Tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.


Buang Kotoran


Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser. Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.


Wednesday, July 21, 2010

Breastfeding ker???

Ramai yang bertanya pada saya soalan ni, nak jawab apa yer??

  • Sebab saya masih menyimpan stok
  • Menyusukan baby bmula jam 10mlm ke 7 pg
  • Mengamalkan Seisi memerah sbnyk 3 kali masa office hour (wlpon 1aun skali perah)
Jawapan nyer saya masih breastfeeding tetapi secara Part time :) nak tau kenapa :-

  • Sebab baby saya x nak nyusu direct masa dia dlm keadaan sedar, saya sendiri x tau kenapa dia reject saya, sedih pon ada jugak tp nak buat macam mana kan
  • Saya da bagi dia susu formula sejak dia umur 6 bln lagi coz susu merundum masa saya pindah kerumah baru, maybe terlalu penat agaknyer.
  • Kerja saya terlalu memberi tekanan disebab kan tu juga susu merundum
  • Saya juga mengalami masalah P..... L.... ( erm ibu2 faham jela kan )
  • Yang paling best, saya paling segan nyusu di khalayak ramai, sanggup perah n bawk bekal klau g shoping (dulu2 la) "terinagt sy time pg ikea dulu, al-maklum jer la ikea mn cukup sejam berjln, stok susu abis, baby nangis2 nk dedek, huby marah2 sruh bg, tp allah saja yg tau btapa tebal nyer malu saya, x trbagi...malu giler...baby ronta2 lg susah nk bg, wlpon time tu da kurang orng, huby sy suh duk kt foodcourt ujung corner yg bcermin tu....huhuh rs cm owng dkt da curve nampak jer, akhirnya saya bg baby saya minum air jus epal yg sy minum, emm senyap n suka2 lg baby saya, sory syg mummy x mampu...mummy seorang yg pemalu :)"
  • Anak kuat minum, tp susu sikit
Yang termampu saya buat hanya Part Time Breastfeeding itu pon kira ok kan berbanding tak bagi langsung sebab saya tahu susu ibu adalah yg terbaik....

* Dan paling best stok sebulan yg saya simpan Darwish bole habiskan dalam masa seminggu @ 3 hari.....

Tuesday, July 13, 2010

Letih...Lesu...kurang bermaya...

Uhh nak kata tido x cukup rasa-rasa 7 jam tu da memadai utk orng dewasa, tapi kenapala aku asyik mengeluh tido tak cukup jew, kawan aku yg pregnant pon lg bsemangat dari aku.

   Disebab kan aku puaser ker? atau malam nyusu kan anak kew? or pekara ni memang biaser bagi ibu-ibu yang beranak kecik .

   Opis aku kurang oksigen kot, eh iyer ker....maybe coz kat sini 1 pokok dlm pasu pon tak der, mungkin kah....

   Sumplement???? em da amal kn pon, aku amik pil vit. C + pil tambah susu + jus kurma ( DCL ), kenapa yek kwn2 ???

   Kengkorang ada petua tak, cam mana nak bagi tenaga... kongsi2 ler bersama...

  Aku da tak tahan dok menguap cam "Tiger" jew sepanjang hari :(

Thursday, July 1, 2010

Bayi ku semakin membesar

Apabila kelahiran cahaya mata, pasti setiap ibu akan gembira melihat anaknya membesar di depan matanya. Dan setiap anak kecil yang lahir akan melalui proses perkembangan yang aktif pada tahun pertamanya.

Ikuti tahap-tahap perkembangannya si kecil mengikuti umurnya.
 
0-3 bulan

*Bayi baru lahir sudah boleh menghisap dan yang pasti mereka tidak perlu belajar menangis.
*Bertindak balas (tindakan refleks) jika anda menyentuh dengan lembut pipi atau bahagian sensitif lain seperti tapak tangan dan kaki.
*Perkembangan motor bayi mulai terbentuk dengan baik. Bayi boleh menoleh kepala ke kiri dan ke kanan dan meluruskan tangan serta kaki.
*Mata bayi sudah boleh melihat tetapi tidak fokus.
*Pada usia enam minggu, bayi boleh tersenyum.
*Pada usia 8 minggu bayi akan mengeluarkan bunyi tetapi sukar difahami.
*Kepala bayi sudah boleh diangkat apabila dibaringkan secara meniarap.
*Pada usia 7 hingga 8 minggu bayi sudah boleh memegang alat permainan lembut dalam tempoh sekejap.
*Pada usia 9 minggu bayi sudah boleh melihat dari satu objek ke objek lain.
 
3 hingga 6 bulan

*Pada usia bayi 14 minggu dia boleh berguling dari perut ke belakang dan sebaliknya.
*Bayi boleh mencapai objek dan menggoncang permainan.
*Bayi sudah boleh memegang dua permainan sekali gus dan meletakkannya dalam mulut.
*Bayi sudah boleh mengangkat dadanya apabila dibaringkan secara meniarap.
*Pada usia 16 minggu bayi sudah mulai menendang-menendang kakinya.
*Genggaman tangan bayi mulai kejap dan pergerakan motornya kian mantap.
*Bayi boleh mengangkat kepalanya dalam masa yang agak lama dan memandang ke arah  anda.

6 hingga 9 bulan
*Bayi mulai menolak dirinya dengan menggunakan kedua-dua tangan, perut dan lutut.
*Mata bayi mulai fokus dan mengekori pergerakan anda di sekeliling rumah.
*Bayi juga mulai merangkak.
*Sudah boleh menggunakan genggaman hujung jari yang melibatkan jari telunjuk dan ibu jari untuk mengambil objek kecil.
*Mulai berdiri dengan sokongan pelbagai barang dalam rumah seperti kabinet, perabot dan sebagainya.
*Mulai berjalan dengan bantuan barang-barang sokongan seperti perabot.
*Bayi mengeluarkan pelbagai bunyi suku kata seperti ‘ba’ atau ‘da’ yang jelas tetapi tidak difahami.

9 hingga 12 bulan.
*Pada usia 40 minggu bayi mulai boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan perabot.
*Sesetengah bayi mulai memulakan langkah pertama pada usia 41 minggu.
*Bayi juga berminat menolak kereta sorong dan memegang objek yang lebih besar seperti bola.
*Bayi juga boleh memegang objek yang halus seperti pensel dengan cermat.
*Bayi boleh mengenali ahli keluarganya dengan jelas seperti ibu, bapa dan adik-beradik.
*Sudah memahami arahan mudah anda seperti ‘jangan’.
*Bayi gemar bermain ‘sorok barang’ dengan anda.

11 july 2010 ni genap usia darwish 10 bln, harap2 dia da mula langkah pertamanya,
tak sabar rasanya nak melihat dia tergedek-gedek...hehheheh













Mesti COMELLL kan :)