Monday, August 30, 2010

Jom Balik Kg Melaka

   Walaupon kita orng x cuti hari jumaat lepas kitaorng tetap balik ker kg....sebab best sangat bebuka di Melaka sebab banyak makanan best2 yg emak tersayang hidang kan.
   Petang jumaat lepas balik keje pack2 barang dalam masa stgh jam, pastu amik awish kat rmh mama trus gerak ke melaka, terkocoh2 sbb nak singgah kat seremban nak makan char kuew tiow JUARA, peh memang terbaik Wokkk....
   Sampai sbn jam kul 730, tp kita orng da batal kn poser sblm exit LEKAS ( air kosong + 2 biji karipap / orng), sampi2 jer kedai trus oder 2 char kuew tiow special.... tak sampi berapa minit oder sampai dgn air jus tembikai, aduh nikmat nyer poser dapat makan enak2.
   Erkkkk....setelah kenyang kita orng mula kn perjalan semula jam 8, nak tau tak???? kita orng balik melaka ni mengejut tau saja nak suprise mak... coz takot dia susah2, tp bila da separuh jln rs x sedap ati plak trus tepon mak kata kitaowng da nak smpi, suka nyer ati owng tua tu... so dapat ler kita owng bsahur di melaka.


   Seronok si kecik sebab nenek mandikan, atuk kata mandi kat SPA...hehehe


   Ni la bandar melaka, Jem truk kat Jonker Walk coz nak p tesco sbb nak buat air special tuk orng bbuka iaitu air Cocktail + nasi ayam...yum yum... air tu hidangan special dari saya lar.

   Nak cari bahan2 terjumpa ni plak, Songkok si kecil....Enchem x saya??


Opsss tlepas plak nak tau x da penat2 si darwish main, n xmoh tido, papa bawak dia g main buai bawah pokok....
  
Buai punya buai sampi.......


Zzzzzzzzzzzzzzzzzz........ taniah la papa sbb berjaya tido kan awish yg susah nak tido, lama gak dia tido hampir 2 jam.

   Setelah 2 mlm 2 hari kita orng pon bergerak pulang ke K. lumpur.... Best nyer duk kg ni sbb terasa lambat jer waktu berjalan, tak sama bila ada kat kl waktu terlalu pantas berlalu....

Wednesday, August 25, 2010

Ada Bonus ker...

   Harap la raya tahun ni ada bonus, kalau ada segar ler sikit rasanyer almaklumla gaji yang ada pon banyak benda yang nak di kesah kan.

   Raya tahun lepas saya bersalin, so x der bonus untuk saya tahun lepas, itu pon sebab bos da kasi cuti bersalin sampi 3 bulan.

   Tapi tahun lepas hanya dapat duit dapat baby baru lahir rm300, bossss tahun ni kasi ler lebih sikit, kan best kalau dapat 2 bulan.... 


   Angan - angan mat jenin jela aku, selama keje sini paling2 pon dapat 1/2 bulan jer, 1/2 bulan lg time raya cina.... tah bila tah bos nak kasi lebih.


   Dengar citer opis atas dapat 2 bulan, syok nyer diaorang, haisssh mengharap gak ni nak bonus 2 bulan gak.


   Apa - apa pon isnin depan baru dapat tahu keputusan nyer, kalau dapat kita SHOPING MERDEKA ler hehehehhe. masin ler mulut aku ni.....aminnnn...
 

Thursday, August 19, 2010

Berbuka Di Hotel

Sejak berpuasa tak habis- habis jemputan bbuka puasa, memula minggu pertama aku dapat undangan bos opis sebelah, pejabat lawyer Poh Mahadthir & Co.
   Berbuka di CONCORDE Hotel K.L...

Trima kasih kat mr Poh, coz walaupon aku bukan staff dia dia ttp mengajak aku + asben lg, mmg selama aku keje kat F.H.Loo Akitek, setiap tahun dia belanja semua staf muslim, dalam 1 blok la, opis aku ni ada 3 tingkat dan ada 4 company, so semua2 dia ajak.....bg dia kira beramal la, kesian dia coz x dapat PAHALA.

Hari ni 19 Aug - aku bbuka kat Hotel HILTON P.j pulak, ni invitation en asben plak, p je la kan,
Hotel 5 Star ni tngok hotel cam best jer, harap2 makanan dia Best gak


makan kat sini nanti.....


Paya Serai restaurant
This Petaling Jaya restaurant’s chic interior design blends mother of pearl with metallic and silver shades, while the sparks and flames of the open kitchen set a dramatic dining backdrop. Enjoy the delicious buffet breakfast in the morning, and for dinner, sample local and international cuisine at the sumptuous evening buffet.



Paya Serai restaurant is open for:

Breakfast
Lunch
Dinner

Attire: Smart-Casual

Ooohh....Smart - Casual, erm nk pakai apa yek...masih dlm perancangan

Besok 20 Aug - pulak bos aku Mr. LOO belanja makan di

Sanghri-La Hotel....
Macam best jer......
Yum....Yum....

Kawan opis aku cakap makanan kat sini... Terbaek Wokk... harap2 betul la perkabaran itu

Per lagi SERANGGGGG.....yum yum...

Oh Lupa lak pasal HALAL dr JAKIM pon kena di titik berat kan...so 3 3 hotel diatas, cuma saya terkilan Concorde hotel x der dalam senarai....tp saya da makan dah :( macam mn yer...tlupa nak check, itu dikira macam mana yek....terkilan rasa hati :'(

Friday, August 13, 2010

Ulser tekak....Alergik

Hari pertama puasa jew saya da kena sakit tekak, tuhan saja yang tahu betapa sakit nyer, telan air liur pon perit :(

Semalam pi klinik Pusrawi kajang, cek punya cek....bukan ulser, tp bengkak-bengkak kat kerongkong,
Bagus jugak la doktor tu siap tunjuk gambar lagi mcm mana rupa tekak saya.
Doktor kata tekak saya teruk, penuh dengan putih putih....ADUHHHH!!! patut la telan air liur pon perit, da la puasa pulak tu.

Tanya punya tanya, cerita punya cerita.....baru la dapat dikesan punca penyakit saya ni...saya ALERGI dengan.......


Susu kacang soya.....

So mulai semalam en husban tak benarkan saya minum soya lagi....erm sayang nyer baru bli air ni, sedap pulak tuh....

Time poser pon baik minum ni coz dia macam mengkenyang kan, so saya terpaksa turn minum Ho Ho Holiks semula.

Bangun jer sahur tadi saya da bole makan mcm biasa smula, tak sakit lagi tekak ni.

Trima kasih kat en husban yang ambil berat pasal kesihatan saya, dia yang beriya2 sruh saya g klinik, klau x mesti berbuka poser kat hotel esok x best....
Erm besok opis sebelah belanja semua staff muslim berbuka poser kat concord hotel...yeayy

Thursday, August 12, 2010

Milk Booster

Bulan poser ni lagi merundum la bekalan EBM aku, da ler mmg x banyak....
Sebelum poser lagi aku da prepare benda ni...


Milk Booster...iyer kew...rasa cm biaser jew, tp memang bsedap air soya ni..
Cara penyediaan dia letak 3 sudu besar tpung soya + air masak dlm pengocak dan kocak....taraaaa siap utk diminum.
    Selain ni saya jugak suruh huby p farmasi bli ni


Memula suspen gak baca huraian ubat dia, cam bukan ubat tambah susu jew, takot gak kan coz huby yg p beli, malam tu jugak paksa dia g smula farmasi tu utk pengesahan...
    Erm setelah bertanya sendiri baru ler confident nak makan coz sblm ni sy bli yang tabur nyer, sebiji rm0.30....
    Kesian encik husban kan, nasib baik dia x kesah :) syg awak


Inila ubat yg saya telan hari2....demi anak tercinta, kalau xder ubat ni lg ler langsung xder stok utk dia....
     Tak ada rezeki yg banyak, sikit2 pon jadilah.....coz ini yang terbaik..

Wednesday, August 11, 2010

11hb ogos 2010, genap Darwish 11 bln...

Hari ni genap Darwish 11 bulan.....yeayyyy... da besar da anak mummy, lg sebulan jew lagi darwish mencecah setahun..huhuhuh tak sangka da setahun da aku bergelar ibu.

Memang mencabar la jadi ibu ni, anak sakit kita pon jadi sakit jugak coz tak bleh nak tido dan keesokan harinya kena kerja.

Darwish da 11 bulan tp belum bole berjalan lagi....dia masih takot2 dan banyak kali terlentang, kesian mummy tengok...mesti sakit kan??



Tengok la tu jalan pon ala-ala ketam, kaki kiri keluar dulu pastu kanan, kaki terkangkang luas, macam mana nak jalan betul.


Terkedek - kedek, bila sayang mummy nak jalan ni, kasut raya da ada 3 pasang da, semua yg untuk berjalan atas tanah punya.

Erm kasut raya ada 3 pasang, 1 mummy belikan + 1 mama + 1 lagi ayah janggut belikan...

Nanti papa nak blikan samping dan songkok, kalau tak tau jalan tak bole ler mintak duit rayer.
Erm sebut duit rayer, tahun lepas Darwish dapat 1k lebih maybe coz baby baru kot, almaklum la lahir time rayer...

Hehehe tembamkan awish time ni, sekarang kurus panjang jew, ni gamba time raya thn lps.

Macam mana nak cepat kan anak berjalan yer...ada idea tak...ker biar jew....atau kita kena bagi dia latihan setiap hari...


Kaki dia menggigil bila suruh jalan, papa pon bila anak da macam tak larat,
" sian anak papa, kita buat lain kali lar yer " tapiiiii papa paling suka buat awish macam ni !!!



Mummy plak kesian bila awish diperlakukan begini.....sakit dada, tp dia suka, laju jew dia jalan, sampai macam orang ilang arah tak tau nak pegi mana...hahhahah

     Besar la harapan mummy kalau darwish dapat berjalan bila raya nanti, tapi mummy tak kesah kalau dia lambat jalan sikit pon, coz setiap baby berbeza2 kan :)

Tuesday, August 10, 2010

Renungan - 20 Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

 
1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


11. Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)


17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’am.


18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. (Rujuk At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.


source : http://adhatine2.blogspot.com/2010/08/20-amalan-murah-rezeki.html

Wednesday, August 4, 2010

" Aku Seorang Ibu yang Berkerjaya " Demam lagi....

Darwish demam lagi, hampir 2 bulan darwish tak demam. Malam semalam tetiba panas badan awish naik mendadak. Papa pula takda, kul 12....dan selang sejam darwish tjaga mngamuk2, mungkin tak selesa dgn badan yg panas, hidung yang selesema ditambah pula dengan batuk2....kesian mummy tngok.
   Apa yang mampu mummy lakukan hanyalah :-
      1) Basah kan kepala dgn air
      2) Tampal kn kepala darwish dgn ' Cool fever ", tapi tu pon sekejap jer coz dia bukak bila sedar,
      3) Sapu kan dada dgn vicks depan dan belakang badan,
      4) Pam kan ubat hidung utk baby...tp ubat ni saya tak suka pakai coz ada orng kata bahaya nnt efect pada paru-paru, kalau terlalu kerap digunakan, fungsi ubat ni mengeringkan selesema ( nnt ada masa sy upload gambar ubat ni )
      5) Switch off air-cond tukar pada kipas, kipas meja lg bagus coz dia indirect, tp apa kn daya kita ada kipas siling jew
      6) Bukak kan baju, hanya pakai pempers jew...itu pon dia mngamuk2 mungkin tak biasa tidur bukak baju....." badan sayang panas" huwaaaaaa......
   Ermm bila da dibukak kan baju lain pulak citer nyer, darwish kena Colix plak...aduhaiiii....dok ...bot...bot... jew si kecik ni, n nangis2 coz tak sedap perut plak, tpaksa la mummy bangun carik minyak yuyi cap limau pulak, urut2 perut dia n sapu pada tapak kaki dia...
   " Sayang mummy nak siap pegi keje plak ni ".....nama pon baby kan, tak tau cakap apa yang dia rasa, mummy dodoi2 kn pon tak moh...
    Dah habis daya mummy, bawa trun bawah bg darwish makan ubat demam + kolik....harap2 darwish ok malam nanti :(
   Harini hantar darwish ke rumah mama sejam awal sebab mummy nak bersiap ke ofis pulak, sebab darwish tak bole letak langsung dalam babycot.....hai sayang mummy jangan ler meragam kat rumah mama pulak, mama da la ramai kanak2 yang dia nak jaga, tapi apakan daya.....
    " Aku Seorang Ibu yang Berkerjaya "

Monday, August 2, 2010

Cuti yg pendek....

Untuk pertama kali nyer selama berkahwin, aku balik Melaka tanpa suami...sungguh x best rasanyer....makcik2 dok menanya, mana x nyer aku ni kn jarang berpisah dgn suami...
   Yela kali ni laki aku kena kursus 6 hari.....hari rabu nnt bru balik...huwaaaa, mcm kawen dgn askar plak rasanyer...asyik outstation jew...
   Nak buat cm mn, kena la reda...tuntutan kerja...macam mn ek isteri2 yg duk asing dgn suami dia, sowng kehulu, sowng kehilr....aku yg sekejap pon rasa mcm x best jew...
   Cepat2 ler hari rabu....mummy da boring duk sowng2 kt rmh, opss lupa duk bdua dgn darwish...x der saper nak layan darwish main....mummy balik keje da penat, sian kt darwish...cpt2 ler papa balikkkkk.....